Memanah

Pasukan memanah SJK ( C ) Hua Lian 1 telah ditubuhkan pada bulan Januari 2007. Pada masa itu, hanya 15 orang ahli yang menyertai pasukan memanah. Walaupun tidak mendapat sambutan hangat daripada para pelajar pada mulanya, tetapi jurulatih pasukan memanah , En. Lim Hock Hoo tidak pernah putus asa.

Pasukan memanah Tahun 2007

Pasukan memanah Tahun 2007

Beliau telah berusaha melatih ahli-ahlinya dengan harapan mereka dapat mengharumkan nama sekolah melalui sukan memanah di pentas antarabangsa dan akhirnya usaha jurulatih En. Lim Hock Hoo telah berbuah hasil pada tahun 2009.

Jurulatih En. Lim Hock Hoo

Jurulatih En. Lim Hock Hoo

Waktu berlatih pasukan memanah ialah setiap hari Ahad pada waktu pagi. Sebelum mula, setiap ahli dikehendaki memanaskan badan dahulu. Apabila tiba sesi latihan memanah , En. Lim akan menyediakan alatan dan memberi keterangan keselamatan sebelum latihan dimulakan.Setiap ahli akan diberi tunjuk ajar oleh beliau tentang cara berdiri dan cara memanah.

Latihan memanah dijalankan di padang sekolah

Latihan memanah dijalankan di padang sekolah

Setiap ahli telah berusaha berlatih bersungguh-sungguh kerana mereka mendukung satu impian iaitu meningkatkan nama baik sekolah melalui sukan memanah. Selain itu, jurulatih En. Lim juga seorang yang selalu menitikberatkan keselamatan setiap ahli.Cara memanah yang tidak betul akan mencederakan diri sendiri.Begitulah satu ingatan yang selalu disampaikan kepada ahli-ahli oleh jurulatih En. Lim. Tambahan pula, setiap tahun 4 orang  peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan akan dipilih daripada pasukan memanah sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan peringkat daerah.

Pada tahun 2007, pertandingan memanah daerah telah berlangsung di SMK Tat Beng,Sungai Nyior. Pasukan memanah SJK( C ) Hua Lian 1 telah meraih kejayaan iaitu memenangi 14 pingat — 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam pertandingan tersebut.

Memenangi 14 buah pingat

Memenangi 14 buah pingat

Seterusnya , pasukan memanah telah menyertai satu pertandingan peringkat negeri yang berlangsung di SMK Teknik, Kamunting. Sekali lagi pasukan memanah kami telah menjulang piala dalam pertandingan tersebut iaitu 3 pingat emas.

Pemenang-pemenang peringkat negeri

Pemenang-pemenang peringkat negeri Tahun 2007

Pada tahun 2008, pertandingan memanah Daerah Larut Matang dan Selama yang berlangsung di SMK Tat Beng, Sungai Nyior, kami telah mendapat kemenangan lagi. Pada tahun yang sama, pasukan memanah kami telah meningkatkan nama baik sekolah dalam pertandingan negeri yang berlangsung Di SMK Teknik ,Kamunting.

Pemenang-pemenang peringkat negeri Tahun 2008

Pemenang-pemenang peringkat daerah dan negeri pada Tahun 2008

Belakang dari kiri: Jurulatih En. Lim dan Guru Besar En. Teh. Hadapan dari kiri : Yong Chen Wei,Andre Chin Xuan Hao,Ang Ming Shan & Loke Wei Xin.

Keputusan memanah peringkat daerah LMS:

Yong Chen Wei :10m–ketiga, 15m–Johan, 20m–ketiga, 25m–ketiga, individu keseluruhan– Naib Johan

Andre Chin Xuan Hao :10m–Johan, 20m–Johan, 25m–Johan, individu keseluruhan — Johan

Loke Wei Xin :15m–Naib Johan,25m–Naib Johan,individu keseluruhan–Naib Johan.

Chong Yan Ni : 20m–ketiga, Ang Ming Shan : 25m–ketiga

Keputusan memanah peringkat negeri Perak:

Yong Chen Wei : (pasukan LMS) Johan

Andre Chin Xuan Hao : 15m–ketiga, 20m–Johan, 25m–N.Johan,30m–N.Johan, individu keseluruhan–Johan

Lee Wen Xin :(pasukan LMS) ketiga

Ang Ming Shan : (pasukan LMS) ketiga

Andre Chin Xuan Hao

Andre Chin Xuan Hao

Andre Chin Xuan Hao mewakili negeri Perak ke SMK Manir,Kuala Terengganu untuk bertanding dalam peringkat  kebangsaan. Andre telah memenangi : 20m–pingat emas, 25m–pingat emas, 30m–pingat gangsa, individu keseluruhan –pingat perak. Pada tahun yang sama Andre mendapat Anugerah Tunas Putera Sukan .

Sejarah kegemilangan pasukan memanah sekolah kami tercatat lagi pada tahun 2009.Pada tahun tersebut, pasukan memanah kita telah menyertai pertandingan memanah Daerah Larut Matang & Selama yang berlangsung di SM Bukit Jana, Kamunting. Saudari Ang ming Shan, saudara Yong Yong Jian dan saudara Lim Wei Xiang memenangi 9 pingat.

Ang Ming Shan

Ang Ming Shan

Keputusan memanah peringkat daerah LMS:

Ang Ming Shan : 15m–pingat perak,20m–pingat perak,25m–pingat emas, 30m–pingat perak, individi keseluruhan–pingat emas.

Keputusan memanah peringkat negeri Perak:

Ang  Ming  Shan : 15m–pingat emas,20m–pingat emas, 25m–pingat emas,30m–pingat emas, individu keseluruhan–pingat emas.

Yong Yong Jian

Yong Yong Jian

Keputusan memanah peringkat daerah LMS:

Yong Yong Jian : 15m–pingat gangsa,20m–pingat perak, 30m–pingat gangsa, individu keseluruhan–pingat gangsa.

Keputusan memanah peringkat negeri Perak:

Yong Yong  Jian 15m–pingat perak, 20m–pingat gangsa, 25m–pingat emas, 30m–pingat gangsa, individu keseluruhan– pingat emas.

Keputusan memanah peringkat kebangsaan  :

Yong Yong Jian memenangi(L12) : 20m– Naib Johan,  15m– tempat ketiga

KESELURUHAN PUSINGAN FITA INDIVIDU : Tempat keempat

Lim Wei Xiang

Lim Wei Xiang

Keputusan memanah peringkat daerah LMS:

Lim Wei Xiang : 15m–pingat gangsa

Click here to see more……

2 responses to this post.

  1. Posted by Jenn on July 11, 2009 at 12:21 pm

    wow……good job…nice! so many pingat…..^^

    Reply

  2. wah so many people gets cup

    Reply

Leave a comment